Tuesday, April 15, 2008

::..Pesanan Para Alim Ulama..::


Para Ulama' sering mengingatkan kita kepada perkara-perkara berikut :-

01 - Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah.

02 - Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan.

03 - Berwaspadalah dengan lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.

04 - Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah.

05 - Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dengan Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik.

06 - Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.

07 - Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

08 - Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari.

09 - Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu, kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan.

10 - Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali.

11 - Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah s.w.t, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian.

Friday, April 4, 2008

::..UIAM student charged for involvement in general election..::



A former university student thought he would be free to join a political party and participate in active politics after finishing his studies.

Apparently not so!

meorisfandi 040408 uiam studentMeor Isfandy Meor Azizan of International Islamic University Malaysia (UIAM) was charged for breaching the university regulations for his involvement in a political party in the just-concluded general election.

He told Malaysiakini today that he received an official letter from UIAM pressing charges for his involvement with Parti Mahasiswa Negara (PMN).

Meor is a coordinator of the yet-to-be-registered PMN and was involved with the party’s activities during the 12th General Election.

He has taken his final exams for a degree in Islamic Studies and Political Science last November. The convocation is scheduled for August this year.

Personal info blocked

Meor claimed in an interview with Malaysiakini that UIAM has prevented him from receiving his full transcript and has stopped him from receiving his final semester’s National Higher Education Fund (PTPTN) loan.

He also claimed that all information on him in the university system has been erased or blocked, thus preventing him from paying his final tuition fees and resolving other financial matters.

“I can’t apply for a job because I don’t have the final transcripts. I might be barred from the convocation because I’m unable to settle my final semester’s tuition fees.”

“Am I still considered a student although I no longer attend any classes and has completed my final exams? There are many other ex-students like me who are involved in politics after finishing their studies,” he said.

parti mahasiswa negara campaign 260208 03The very disappointed student also claimed that the UIA legal unit only contacted him through e-mails to inform him of the one-day postponement of the proceedings.

Meor is now scheduled to attend the proceeding with the university next Tuesday.

PMN was set up in January this year to take part in the 12th General Election and has 2,000 multiracial graduates as members.

It had attempted to field a candidate to contest against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi in his Kepala Batas parliamentary seat in Penang, but was apparently stopped by the police from going to the nomination centre.

An application to register the party was sent to the Federal Territory branch of the Registrar of Societies on Jan 18 this year but has not been approved to date.

The party’s aim is to recruit more students even though political activities by public university students are banned under the Universities and University Colleges Act

‘Still our student’

When contacted, UIA assistant director of legal unit Mohammad bin Mos said according to the university’s policy, Meor is still a UIA student.

“Under the policy, he is still considered a university student until his graduation and received approval from the university to graduate,” he said.

parti mahasiswa negara campaign 260208 01According to Student’s Discipline Rule 2004, conferred by Article 44 and Article 49 of Part VI and Part VII of the Constitution of UIA, a “student” includes any undergraduate student, postgraduate student, part-time student, student under distance learning or off-campus programme, diploma student, matriculation student, and non-graduating student of the University.

He also denied Meor’s claim that the UIA legal unit had only informed him of the postponement of the proceedings through e-mails, saying the legal unit usually informed students through official letters, e-mails and phone calls.

Asked whether Meor will be barred from graduating if found guilty, Mohamad said it was up to UIA disciplinary board to decide.

::..Universiti Antarabangsa tetapi Pakai Undang-undang Orang Utan..::


Berbanggakah anda melihat negara kita Malaysia mempunyai universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa tetapi menggunakan undang-undang orang Utan?

Inilah yang akan terjadi apabila orang yang diberi kuasa tidak tahu menilai antara intan dan permata. Yang mereka tahu adalah untuk mengikut kehendak nafsu jahat pemimpin. Ikuti kisah pelajar ini. P'raya 8 Mac: Siswa UIA kena tindakan

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya umum lalu.

Meor Isfandy Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu pada Selasa depan.

Menurut surat universiti, katanya kepada Malaysiakini, UIA telah menggantung pengajiannya dan menahan beliau menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

UIA juga melarangnya mengambil keputusan penuh.


"Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya ditahan daripada menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan," kata Meor Isfandy.

Beliau bagaimanapun mendakwa telah tamat pengajian penghujung tahun lepas apabila berakhir peperiksaan pada November lepas.

"Adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan?

"Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?" katanya.

Selepas tamat peperiksaan, katanya, beliau mula mengurus kehidupannya sebagai seorang pemuda yang telah tamat pengajian.

"Saya menjalani hidup biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universiti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat sarjana," kata Meor Isfandi dalam mesej emel.

"Saya juga terlibat dalam pilihanraya umum lalu kerana ia menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia."


UIA mempunyai pandangan berbeza - Meor Isfandy masih seorang pelajar sehinggalah tamat pengajian dan tertakluk kepada peraturan universiti, kata penolong pengarah unit perundangannya, Mohamad bin Mos, kepada Malaysiakini.


Meor Isfandy juga berkata UIA "tidak profesional" mengendalikan kesnya - mengenakan tindakan sebelum beliau mengemukakan buktinya.

Prosiding terhadapnya ditetapkan pada 8 April ini.

Beliau mendakwa, UIA hanya mengirim mesej emel dan menelefon beliau memaklumkan tentang prosing - tetapi Mohamad menafikannya.

Pegawai itu berkata universiti menggunakan beberapa kaedah untuk memaklumkan kepada pelajar, termasuk surat selain emel dan telefon.