Wednesday, March 26, 2008

::..Warkah Umat Islam Palestin..::


Dari Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia.
Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia.
(Teks surat) “Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman”
(Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki. Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..”
(At-Taubah : 105)


Note:Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik






::..7 perkara ganjil..::


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.

Monday, March 24, 2008

::..Kemuliaan boleh bertukar kepada kehinaan dalam sekelip mata..::

Saya tidak pernah melangkahkan kaki ke majlis rasmi dimana-mana istana sebelum ini. Pagi tadi saya diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah ahli-ahli EXCO kerajaan negeri Selangor yang baru di Istana Alam Shah, Klang. Sudah pastilah saya mengira diri saya bertuah kerana dapat kesana apalagi menghadiri majlis bersejarah iaitu pembentukan kerajaan baru di negeri Selangor sejak Merdeka tahun 1957 dahulu.



Setelah selesai Tuanku Sultan menyampaikan watikah dan bertitah, majlis diakhiri dengan doa oleh Mufti Selangor. Saya perhatikan mukadimmah doa Dato Mufti itu memetik ayat 26 surah Ali Imran (yang dibacakan dalam bahasa asal al quran). Dato Mufti walaubagaimanapun sekadar membacakan terjemahan bahagian awal dan akhir ayat tersebut dan tidak keseluruhannya. Mengapa, hanya beliau sahaja yang arif.

Berikut saya berikan terjemahan penuh ayat tersebut:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Benar dan tepatlah sungguh ayat-ayat Allah di atas itu. Saya lihat turut berada di istana pagi tadi selain MB Selangor yang baru dan ahli-ahli EXCO nya adalah bekas-bekas MB Selangor antaranya Tan Sri Mohd Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo. Mereka semua pernah dikurniakan kuasa, dan mereka juga merasakan bagaimana kuasa dicabut dari tangan mereka, dengan Khir Toyo yang paling baru merasainya.

Segala-galanya adalah pada kuasa Allah jua. Hari ini kita mungkin megah berkuasa dengan perkenan Nya, esok samada kita bersedia ataupun tidak boleh sahaja kuasa itu dirampas kembali dari kita dengan kemahuan Nya jua.

Kerana itu amanah kuasa yang diberikan perlulah dijunjung dan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati. Jangan cuai, jangan leka, jangan lalai, apalagi terpedaya dengan sogokan hartabenda dan kemewahan serta kelzatan dunia. Jika kita tergelincir ke situ, maka ingatlah kemuliaan yang kita perolehi dari kuasa itu dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi hina, atas kehendak Allah swt.

Banyak telah kita saksikan contoh dan tauladan yang hidup di hadapan kita. Oleh itu ambillah iktibar, beringatlah sebelum terlambat.

penulis cerita adalah saudara roslan shahir datuk mohd shahir (s/u akhbar presiden PAS)

Tuesday, March 18, 2008

::..Selawat & Salam buat Junjungan Mulia..::

"perjuanganmu penuh ranjau berduri
derita kasihmu terpancar disegenap penjuru
belaian rindumu penuh bercahaya
menjadi contoh pada semua umat
dikaulah penyuluh jalan kebenaran
al-fatihah buatmu ya rasullullah s.a.w

menangislah setiap musuh
bergegarlah seluruh alam
bertasbihlah segala makhluk
disaat kelahiranmu
dikaulah penyinar segala jalan kebenaran
al-fatihah buatmu ya rasullullah s.a.w

kasihmu penuh ikatan rasa ikhlas
tanpa mengira harta melata
bersama menjalin ukhuwah
mendamaikan kasih diatas panji kebenaran
penuh adil penuh rasa simpati
dikaulah penghulu segala umat
berdiri diatas satu jalan yang lurus
segalanya berubah

disini
kami akan terus mengingati
penuh rasa kasih
penuh kedamaian hati
al-fatihah buatmu ya rasullullah s.a.w"

::..Air Mata Rasulullah S.A.W..::


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Bersempena sambutan Maulidur Rasul..suka saya bersama membawa sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian untuk mengimbas kembali cinta agung kekasih Allah buat kita semua.. Selamat menghayati.. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar

Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Insya ALLAH. Wallahua'lam.

Kabinet baru tidak memiliki kekuatan untuk pulih imej BN

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Pelantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.

PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG
Presiden,
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
18 Mac 2008

Kecelaruan Kabinet Baru

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukan senarai nama anggota Kabinet baru yang diumumkan

PUTRAJAYA: Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

..........................................................................................................................................................................

"Rata-rata rakyat meragui keupayaan kabinet Pak Lah yg baru diumumkan. Walaupun beberapa nama yang dibenci rakyat telah disingkirkan seperti Rafidah dan Ku Adnan serta mengenepikan menantunya Khairy, ramai berpendapat percaturan Pak Lah dalam membentuk kabinetnya kali ini bakal memberi musibah yang berterusan kepada BN umumnya dan UMNO khususnya. Kesakitan akibat PRU12 yang lalu akan menambahkan parah parti pemerintah dan akan terus memberi sinar kepada impian pembangkang dalam merealisasikan kerajaan yang baru.

Kenapa saya berpendapat demikian? Saya tak nak ulas keseluruhan menteri yang dilantik kerana kekurangan masa. Cukup satu atau dua logik sahaja.

1. Zaid Ibrahim dilantik menteri penuh
Menampakkan kecelaruan pemikiran Pak Lah dan bakal mengkucar-kacirkan UMNO Kelantan. Sbbnya:

a) Zaid telah digantung keahlian oleh jawatankuasa disiplin parti kerana terlibat rasuah.
b) Telah tidak dicalonkan oleh UMNO Kelantan utk PRU yg lalu kerana tidak sebulu dgn
pemimpin UMNO Kelantan.
c) Amalan Islamnya yg cukup dipertikaikan masyarakat setempat - atau mungkin ini memenuhi prinsip Islam Hadhari Pak Lah.
e) Dan lain2.

2. Perlantikan Menteri dan Timb Menteri tidak diperhalusi secara mendalam, cthnya KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR; Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas (Sarawak) dan Timbalan Menteri : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Sabah). - tiada menteri dari semenanjung.

3. Mohamad Mat Taib yang mempunyai pelbagai skandal diambil kembali.

4. Dll (Analisa menyeluruh mungkin boleh dibuat kemudian)

aPersoalan :
Adakah Pak Lah membentuk kabinetnya dgn memohon petunjuk Ilahi atau dari Khairy? Atau sekadar congakan berpandukan nafsu tanpa berbincang dgn Perhubungan BN negeri2 (khususnya Kelantan)?


FIKIR-FIKIRKAN LAH...

::..Seloka Kita Perlu Berhati-hati..::

kita perlu berhati-hati
musuh sedia menghampiri
tersilap langkah buruk padahnya
pasti kota-kota kita berpecah
kita perlu berhati-hati

kita perlu berhati-hati
senjata kasih bersulam waspada
pada mereka yang ingin menghampiri dusta
bukan berburuk-sangka cuma berhati-hati
diatas satu jalan kebenaran
jalan yang penuh luka-luka berdarah
penuh rahsia mendalam
antara dendam dan rasa simpati
kita perlu berhati-hati

kita perlu berhati-hati
bergelar pemimpin sejati bukan mudah
kekuatan ukhuwah perlu dijaga
sedetik menghilang pasti dijajah dusta
berhimpunlah segala cerita
menari dalam angan-angan derita buta
penuh tinta-tinta luka berbisa
antara kebenaran dan kepalsuan kasih dusta
bermain dalam kepingan hati-hati buta
penuh rahsia mendalam
atas nama cinta dunia
kita perlu berhati-hati

kita perlu berhati-hati
kemenangan penuh pelbagai bisikan kasih
asyik bermain diatas alunan rentak buta
menyanyilah sang pujangga
menarilah sang penari
melenakan semua yang ada
tertidur dalam dakapan rentak nafsu buta
hingga semua lupa
pada suatu kemenangan
terbiar tanpa rasa syukur
lupa segala
kita perlu berhati-hati

kita perlu berhati-hati
sebelum kita jatuh tersungkur derita
kita perlu berhati-hati

Tranungkite

Monday, March 17, 2008

Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak ke-10


Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

Menurut laporan Bernama, pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Di samping itu, turut kelihatan pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi KeADILan Perak, Zulkifli Ibrahim.

Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.

Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.

ImagePada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, KeADILan dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketiga-tiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.

Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Dato' Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar - Sumber harakahdaily.net


Maka terlaksana sudah majlis angkat sumpah MB Perak yang baru selepas beberapa insiden dramatik yang mewarnai sebelum majlis tersebut berlangsung.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pernah menyebut, "Kerajaan negeri Perak bukannya Kerajaan PAS Perak, bahkan ia adalah sebuah contoh Kerajaan Alternatif Perak"

Buat MB Perak, YB Nizar, 'Semoga Mendidik Rakyat ke Jalan Allah'.

Tahniah Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Khas daripada Parti Mahasiswa Negara (PMN) ;

Assalamualaikum dalam salam mesra untuk seluruh rakyat Malaysia,

Pertama-tamanya, tahniah kepada rakyat Malaysia atau lebih tepat disebut BARISAN RAKYAT kerana telah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU12 ini semalam dan telah melunaskan tanggungjawab yang baik selaku warganegara. Baik mengundi Barisan Nasional ataupun Barisan Alternatif (PKR, PAS & DAP dll), kita berharap keputusan memangkah [ X ] kali ini dibuat benar-benar selepas kita memahami, menguasai dan menghayati segala maklumat serta berfikir tentang masa depan negara bangsa (nation state), agama dan mengetahui arah mana halatuju Malaysia akan datang.

BN masih mengekalkan majoriti sederhana (simple majority) di peringkat nasional. Rakyat Kelantan masih memberi mandat kepada PAS di bawah kepemimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdullah Aziz Nik Mat, alhamduliLlah.

Barisan Alternatif (BA) telah menang majoriti di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak. Fenomena baru ini juga suatu sejarah istimewa rakyat dalam menentukan kepemimpinan negara ‘Malaysia baru’ selepas 50 tahun kita merdeka.
Tahniah kepada BARISAN RAKYAT, BA dan BN!

PRU12 MENJELMAKAN ‘KUASA BARISAN RAKYAT’

Kita yakin banyak faktor yang mendesak perubahan mood pengundi dalam PRU12 ini. Ada pihak mengatakan faktor inflasi (2.2%) dan kenaikan harga minyak-barang asasi. Ada pihak lain pula mengatakan bahawa kepemimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang dilihat kurang bertenaga; dan terlalu banyak ‘lompang’ dalam institusi berkerajaan sepanjang era kepemimpinan beliau dalam 1 penggal setelah PRU11.

Ada pihak lain pula mengatakan bahawa ‘manifesto dan imej calon/parti’ adalah main facto kecenderungan pengundi pada calon BA. Fungsi Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai state-man juga tidak seharusnya diketepikan. Banyak lagi pandangan-pandangan telah dibuat di luar sana.
Tuntasnya, fenomena PRU12 ini jauh berbeza dengan fenomena PRU11 dan PRU10.

Dalam PRU10, mood rakyat lebih dibuai oleh Anwar Facto. Kita dapat lihat beberapa fenomena ‘istimewa’ pada waktu itu. Antaranya, tranformasi kepemimpinan dalam parti feudal Melayu – UMNO; sehingga tertubuhnya ADIL dan wujudnya suatu ketumbukan rakyat yang padu – disebut GERAK (kemudiannya BA).

Kelantan terus mengekalkan dominasi kuasa oleh PAS/BA. UMNO/BN gagal majoriti di Terengganu malahan majoriti kemenangan juga menurun. Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis nyaris-nyaris dikuasai oleh BA juga. Representasi ‘pembangkang’ di Parlimen Malaysia pada ketika itu cukup kuat dalam menjadi agen semak dan imbang (check and balance) dalam beberapa perkara besar di peringkat nasional.

Dalam PRU11, emosi kita dihanyutkan pula oleh imej ‘Mr.Clean’ YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Rakyat menaruh harapan tinggi kepada beliau demi melaksanakan perubahan ‘sederhana’ dalam kerajaan – banteras rasuah, perkasakan Islamisasi (manhaj Islam Hadhari), pulihkan UMNO/BN; dan banyak lagi cita-cita dan harapan rakyat kepada beliau.

Akhirnya, rakyat telah memberi undi ‘harapan’ kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) hampir majoriti parlimen dikuasai BN sebanyak 199 kerusi. Pemberian undi ini tidak bermakna rakyat menyokong UMNO dan BN. Rakyat hanya memberi undi ‘harapan’ sahaja. Ternyata, UMNO/BN menang majoriti ‘besar’ di peringkat DUN dan Parlimen.

Kalau dalam PRU11 tersebut mereka memberi undi ‘harapan’; boleh jadi PRU seterusnya tidak jika ‘harapan’ tersebut gagal dilunaskan oleh kepemimpinan Pak Lah. Hari ini, kita sudah boleh membuat beberapa obsevarsi dan kesimpulan ‘kecil’ berhubung sifir undi ‘harapan’ tersebut.

Fenomena PRU12 cukup berbeza dengan rekod PRU11 dan sebelumnya. Selepas sepenggal kepemimpinan Pak Lah, pelbagai kesimpulan telah dibuat berhubung ‘harapan’ tersebut. Realitinya, terdapat beberapa harapan telah dilunaskan, namun masih banyak cita-cita tersebut terus menerus menjadi tanda tanya.

Implikasinya, transisi yang dilaksanakan oleh Pak Lah tersebut tidak cukup kuat untuk berdepan dengan hujah-hujah perubahan yang dilancarkan parti-parti alternatif. Selain isu inflasi 2.2%, penarikan subsidi minyak, kenaikan harga barang asasi; jenayah berleluasa, pengkorperatan pendidikan-kesihatan-perkhidmatan dan banyak lagi turut disedari rakyat. UMNO/BN juga dalam banyak perkara kurang peduli dengan kebajikan rakyat –setinggan, Tanah Rizab Melayu (TRM), agama dan sebagainya.

Realiti kepemimpinan UMNO/BN juga rata-rata tidak BERSIH dan terlibat dalam banyak skandal kewangan-moral, masalah dalaman yang meruntuni UMNO/BN turut membawa padah, gejala kronisme, budaya selesa para pemimpin dan sindrom cantas-mencantas jua membarahi komponen parti terbesar ini.

Pokok pangkalnya, ‘harapan’ yang selama ini disemai terhadap kepemimpinan UMNO/BN telah diracun sendiri oleh rasa tidak puas hati Barisan Rakyat kepada UMNO/BN. Pelbagai faktor telah membentuk emosi ‘baru’ di kalangan rakyat. Emosi-emosi tersebut telah digarapkan secara semula jadi dalam suatu ketumbukan yang boleh kita namakan ketumbukan tersebut sebagai Barisan Rakyat. Dalam ketumbuhan ini, terdiri oleh individu-individu partisan baik representasi PKR/PAS/DAP atau UMNO/BN sendiri. Barisan Rakyat ini juga terdiri oleh non-partisan seperti petani miskin, buruh, peniaga, ibu tunggal, mahasiswa ‘berhutang PTPTN’, ahli akademia, golongan warga pendidik, Ustaz/ah , polis, tentera, kakitangan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat marhaen lain.

Barisan Rakyat tidak puas hati! Itulah faktor utama Barisan Rakyat memlilih PKR/PAS/DAP. Barisan Rakyat yang tidak bersedia memberi mandat undi kepada PKR/PAS/DAP turut mengotakan janji tidak terlibat dan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tidak turun mengundi.
Realiti ini juga ketara di beberapa kawasan majoriti Melayu, namun undi Melayu berkurangan di kawasan-kawasan tersebut. Adakah sikap ini menggambarkan representasi sebenar pengundi Melayu ‘di atas pagar’ atau sebenarnya representasi pengundi-pengundi tradisi UMNO sendiri?

Emosi ‘kepartian’ atau ketokohan ahli-ahli politik nasional bukan lagi dalam sifir Barisan Rakyat dalam lanskap PRU12 ini. Dan mood Barisan Rakyat sekali lagi dibentuk dalam rupa ‘harapan’ dan cita-cita. Harapan dan cita-cita mereka adalah Malaysia bermula hari ini patut jauh lebih megah berbanding sebelumnya.

Jika cita-cita Barisan Rakyat berjaya dilunaskan oleh PKR/PAS/DAP; mudah-mudahan rekod cemerlang tersebut akan menjadi ‘laporan eksperimen’ terbaik untuk difikirkan bersama oleh Barisan Rakyat di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Sabah dan Sarawak.


LAKSANAKAN ‘BUDAYA BERFIKIR’, PAPARKAN 'PANGGUNG' BARU LANSKAP POLITIK MALAYSIA

Kemenangan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak sepatutnya dilihat sebagai suatu peluang (opportunity) untuk PKR/PAS/DAP melunaskan demokrasi sebagaimana yang dicita-citakan bersama.

Negara demokrasi dan berkebajikan bukan hanya mengejar pembangunan fizikal – minyak, pendidikan, jenayah dll; tetapi lebih dari itu. Namun, jika tiada langsung pembangunan prasarana juga akan membawa makna buruk pada negara-negara berdemokrasi dan agar segala pengisiannya akan mencerminkan entiti baru Malaysia yang lebih praktik dan dinamis, memenuhi spiritual dan intelektual dan tidak bermodalkan kepada nilai material semata-mata.

Demokrasi juga menuntut rakyat berfikir sebenarnya. Berfikir tentang keperluan perubahan selepas 50 tahun Malaysia merdeka. Berfikir tentang kebolehupayaan pembangunan menyeluruh di peringkat negeri masih boleh dijamin walaupun tidak diperintah oleh UMNO/Barisan Nasional.

Berfikir tentang kebolehupayaan Parlimen Malaysia beroperasi lebih proaktif dan progresif disebabkan keberadaan pihak pembangkang juga bilangan yang banyak dan representasi yang kuat di Parlimen Malaysia. Malahan pengistilahan 'pembangkang' jua perlu di definisikan semula kerana mereka jua telah bergelar kerajaan di beberapa negeri. Inilah signifikannya perubahan pola politik yang dapat dilihat setelah keputusan PRU12 diumumkan.

Pokok pangkalnya adalah Barisan Rakyat ini patut dididik untuk berfikir secara rasional dan bermaklumat. Apabila Barisan Rakyat cukup maklumat dan cermat pertimbangannya; PRU13 kelak boleh dimanfaatkan sebaik mungkin. Semakin berusia Malaysia dalam sistem demokrasi, semakin ketara pembangunan jiwa, perkasaan minda, prasarana dinikmati bersama.

Bukan semakin berusia demokrasi Malaysia (selepas 5o tahun merdeka), semakin sempit minda, suara, jiwa dikongkong oleh pihak-pihak tertentu yang diangkat juga melalui pilihanraya yang bebas dan demokratik (mudah-mudahan).

Jika PKR/PAS/DAP cukup berkeupayaan memerintah Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor kelak, Barisan Rakyat juga tetap akan memberi mandat sahih biarpun dihambat pelbagai sogokan dan propaganda liar media massa arus perdana. Begitu juga pertimbangan Barisan Rakyat, jika PKR/PAS/DAP gagal menyediakan segala cita-cita dan harapan Barisan Rakyat ini terserlah sebagai satu realiti, manifesto hanya sekadar janji tinggal janji maka Barisan Rakyat juga tidak teragak-agak mungkin akan memberi mandat kepada UMNO/BN semula; atau parti-parti ‘baru’ yang mungkin akan wujud dan mengisi perjuangan sosialisasi rakyat Malaysia kelak; jika semua parti-parti yang sedia ada dilihat tidak relevan dalam konteks Malaysia selepas 50 tahun merdeka. Semua sifir yang mudah dan pertimbangan ini asasinya dalam neraca hati dan fikiran setiap rakyat Malaysia yang menjiwai Barisan Rakyat ini.


PEDULIKAN AGENDA RAKYAT

Sekarang bukan lagi masa untuk bereksperimen atau beruji kaji, tetapi masanya untuk kita mencorak Malaysia Baru pasca 5O tahun merdeka. Malaysia ‘baru’ sepatutnya lebih mementingkan agenda rakyat, berbanding agenda parti-parti tertentu itu sendiri.

Tidak kurang ‘darah’ Melayu kita jika kita tidak memberi undi kepada seseorang calon Melayu dari UMNO disebabkan sikap anti kita pada gejala rasuah/skandal moral oleh calon tersebut. Begitu juga dalam situasi-situasi lain.

Ini kerana bangsa Melayu/Malaysia yang berdaulat memang benci rasuah dan skandal moral kerana rumpun bangsa kita dididik dengan pegangan agama dan ikatan budaya ketimuran.
Jika kepentingan agenda rakyat ini menjadi juzuk penting dalam kamus politik kita kelak, bukan sahaja agenda kepentingan rakyat berjaya kita angkat di Parlimen dan Malaysia; malah sistem demokrasi Malaysia jauh lebih unik dan saksama.

Mari kita lihat suasana unik dan saksama dalam pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) belakangan ini. Barack Obama dan Hillary Clinton adalah dari parti yang sama – Parti Demokrat; namun kedua-dua calon tersebut cukup lantang dan berdepan antara satu sama lain dalam mengetengahkan idea perubahan jika mereka diberi mandat sebagai menjadi calon kelak.

Berdebat dan berwacana oleh kedua-dua calon tersebut dilaksanakan dalam kondisi penuh bertanggungjawab, akademia, rasional di pentas yang terbuka dan mendapat liputan sahih/adil oleh semua media massa arus perdana menjadi budaya ‘baru’ politik di sana.

Bayangkan suasana unik dan saksama ini berlaku dalam UMNO/BN dan Kerajaan Malaysia. YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak secara lantang menasihatkan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam isu keterlibatan anak-menantu perdana Menteri Malaysia dalam skandal rasuah dan sebagainya.

Bayangkan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak secara bertanggungjawab membenarkan dirinya dibicarakan dalam Mahkamah yang adil dan bebas dalam isu pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Sharibuu; demi memberi jawapan sahih kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkesedaran dengan kewujudan spekulasi dengan memberikan penjelasan secara terbuka jika benar tidak bersalah bagi membuktikan kes tersebut adalah tidak benar.

Bayangkan Dato’ Dr. Adham Baba atas kepentingan akademia dan nilai keintelaktualan menasihatkan Dato’ Mustapha Muhammad membahaskan AUKU, ISA, OSA dll agar dimansuhkan kerana undang-undang tersebut bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, Perlembagaan Persekutuan dan langsung tidak relevan dengan suasana sejahtera rakyat Malaysia dewasa ini. Ditambah lagi dengan kebebasab melontarkan idea, mengutarakan pandangan dan para mahasiswa/wi di panggil dan di benarkan bersua muka serta berdebat bertukar pendapat, segalanya penting demi memupuk kesedaran dan melahirkan kematangan.

Bayangkan dan terus bayangkan segala perubahan di atas jika UMNO/BN peduli dengan agenda rakyat. Fungsi PKR/PAS/DAP mungkin hanya sebagai watchdog atau check and balance di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Barisan Rakyat lebih dibela dan direalisasikan segala cita-cita dan harapan mereka setiap kali PRU Malaysia berlangsung. Bayangkan!


KONKLUSI : JIWA GENERASI BARU, HARAPAN UNTUK MALAYSIA

Semoga keputusan PRU12 kali ini menggamit perhatian semua pihak untuk berfikir dan terus berfikir. UMNO/BN sepatutnya berfikir adakah kegagalan mendapatkan mandat semula di beberapa negeri tersebut disebabkan oleh kebolehupayaan politik PKR/PAS/DAP; atau berpunca oleh kelemahan-kelamahan atau ketidakpedulian UMNO/BN terhadap kebajikan rakyat hatta rakyat dan generasi baru mengambil keputusan ‘unik’ untuk tidak mengundi UMNO/BN?

PKR/PAS/DAP juga seharusnya berfikir tentang fenomena unik di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak ini adakah disebabkan persetujuan Barisan Rakyat dengan idealisme perjuangan parti-parti mereka; atau disebabkan sikap tidak puas hati rakyat dengan realiti ‘kelemahan’ UMNO/BN dan kehidupan ‘tidak selasa’ di Malaysia?

Jika sikap ‘tidak puas hati’ sebagai faktor utama, sepatutnya Barisan Rakyat tersebut harus dididik untuk menerima dan mendukung idealisme perjuangan parti-parti mereka. Sesungguhnya, generasi baru Malaysia semakin terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk melakukan perubahan. Tanpa disedari, gelombanng kesedaran itu mula berakar umbi dalam minda masyarakat, dan benarlah hanya masyarakat sivik yang sedar mampu menilai antara baik dan buruk dan memilih dengan hikmah serta bijaksana.

Barisan Rakyat juga seharusnya terus berfikir dan memanfaatkan ‘mandat rakyat 5 tahun sekali’ ini kerana kebolehupayaan UMNO/BN atau PKR/PAS/DAP (Barisan Alternatif) sebenarnya bergantung pada kuasa mengundi kita.


" Sewajarnya rakyat tidak perlu takut dan gentar dengan kerajaan, tetapi semestinya kerajaan takut kepada rakyat"- alan moore

Tahniah kepada BARISAN RAKYAT, BA & BN!

Mahasiswa Bersama Rakyat

Menteri Pelajaran, Pengajian Tinggi harus bertaraf Prof, berkelulusan PhD


Impak Pilihan Raya Umum ke-12 telas jelas memaparkan kehendak rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan dan seluruh negeri-negeri di Malaysia.

Inilah demokrasi sebenar yang bermaksud kerajaan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat. Parti Mahasiswa Negara (PMN) melihat ini adalah merupakan satu trend kematangan rakyat dalam menerima dan memikir masa depan mereka. Ia berlaku di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar samada komposisi penduduknya majoriti Melayu atau Cina.

Jelas, ia juga membuktikan rakyat kebangkitan rakyat untuk memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dan diancam dengan faktor-faktor di dalam negara.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) berpendapat bahawa kabinet sesi 2004 – 2008 terlalu banyak kelompangan dan kekurangan. Ia bukan hanya krisis moral dan kelemahan mentadbir dikalangan kepimpinan kerajaan malah ia juga disebabkan polisi-polisi yang digubal menekan dan tidak konsisten dalam membela rakyat.

Namun begitu, kemerosotan teruk undian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional masih lagi memberikan peluang sekali lagi kepada YAB Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan bagi penggal kedua.

Walaupun YAB Perdana Menteri menggambarkan bahawa kerajaan masih kuat, tapi bagi kami ia sudah tidak berada pada tahap yang baik dan stabil. Parti Mahasiswa Negara (PMN) juga menyambut baik ketegasan YAB Perdana Menteri untuk melantik menteri-menteri kabinet dikalangan mereka yang boleh bekerja dan mampu mengembalikan keyakinan rakyat dan berupaya berkhidmat demi negara dengan sebaiknya bagi 5 tahun yang berikutnya.


TUNTUTAN PARTI MAHASISWA NEGARA

Dengan penuh hikmah dan takzimnya, kami menuntut dengan pertimbangan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri agar membuat kajian yang teliti sebelum melantik anggota kabinet yang baru.Kami sebulat suara menolak jika terdapat sebarang usaha untuk melantik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang pernah dikaitkan dengan mana-mana skandal rasuah, masalah disiplin, tidak berintegriti dan tidak mampu untuk tampil sebagai wakil yang berkhidmat mewakili rakyat secara sah.

Kami juga ingin memastikan bahawa YAB Perdana Menteri dapat memilih ahli-ahli Parlimen yang bersederhana hidupnya demi memastikan mereka mengutamakan hak dan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi.

Di sini, kami juga ingin menegaskan dan mencadangkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran mestilah terdiri daripada menteri yang mempunyai status bertaraf Prof. dan Prof. Madya atau sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik yang bertaraf PhD dan selayaknya untuk duduk di kerusi tersebut.

Ini bagi memastikan menteri tersebut dapat memahami budaya pendidikan dan pembentukan generasi dengan lebih baik dan berkesan kerana berada di dalam lapangan ilmu dan lingkungan intelektual serta seiring dengan falsafah pendidikan negara.

Kami juga berharap Menteri Belia dan Sukan mestilah terdiri daripada seorang menteri yang boleh dijadikan contoh kepada generasi belia terutamanya dari aspek moral, syakhsiyyah, pendidikan, keagamaan dan bertanggungjawab terhadap pembinaan generasi muda.Beliau juga seharusnya mampu untuk membantu mendidik generasi muda seterusnya berinisiatif dalam memikirkan perubahan bagi mengurangkan lagi kadar jenayah dan kebejatan moral serta sosial di Malaysia.

Oleh itu, atas kesedaran ini sekali lagi kami
representasi rakyat Malaysia menuntut agar YAB Perdana Menteri dapat melantik dan menyenaraikan kabinet menteri yang lebih berintegriti, berhemah dan bermoral.

Ini kerana, autoriti para menteri dalam memimpin ini merupakan amanah rakyat yang menunjukkan mandat besar yang perlu dilunaskan dan diterjemahkan sebagai satu realiti.


PEMIMPIN BAIK, SURI TELADAN KEPADA RAKYAT

Ingatlah, sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat lebih dari kepentingan peribadi. Menjadi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Malaysia bukan untuk disanjung dan mendapat gelaran Yang Berhormat, Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya.

Tetapi, ia adalah amanah yang akan diperhitungkan suatu masa nanti. Jagalah akhlak, etika dan syakhsiyyah sebagai seorang pemimpin kerana ia akan menjadi ikutan dan suri teladan kepada masyarakat. Perlu disedari, pemimpin itu menggambarkan keseluruhan rakyat di bawahnya.

"MAHASISWA BERSAMA RAKYAT"


Oleh Azlan Zainal
Parti Mahasiswa Negara (PMN)

Sunday, March 16, 2008

::..TeruskanLah PerjuaNganMu..::


~Seandainya kau tangisi kematianku, janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu, kerna kita telah di janjikan Allah, dengan dua kemuliaan, tergugur syahid di medan perjuangan atau meraih kemenangan, teruskanlah perjuanganmu, teruskanlah yakinilah, kita pasti berjaya...

Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan, kerna perjuangan tidak mengenal kerehatan, aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan, suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan, teruskanlah perjuanganmu itu, jangan ragu-ragu dalam perjalananmu, teruskanlah yakinilah, kita pasti berjaya...

Relakanlah pemergian ku ini, iringiku dengan seribu doa, semoga kita kan berjumpa semula, di taman syurga Tuhan yang indah, yang indah…~

Thursday, March 13, 2008

::..Perpisahan Abadi..::


~Kematian itu pasti..kita pasti melalui saat itu...
Bukan tangisan yang perlu di ratapi untuk sebuah perpisahan...
tapi redha Allah itu...kerna terlalu sayang dan rindu untuk bertemu hambanya...
Sebuah kehilangan yang tak pernah ku jangkakan...
lima tahun dua bulan empat belas hari...
dua belas jam tiga puluh minit dua saat telah pun berlalu...
sehingga hari ini, saaat ini...serasa semusim yang lalu baru semalam berlalu...
Sebuah perpisahan yang menyedihkan...kehilangan bayang-bayang yang sentiasa mengikuti ku...
Pemergianmu saatku butuh keperluanmu di sisiku...
Ya Allah meredhakan diriku menerima takdirMu ini...
Damaikan hatiku atas perpisahan abadi ini...~

~Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan, sedih rasanya hati ini bila mngenangkan, kau sahabatku kau teman sejati, tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti, senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, memori indah kita bersama terus bersemadi, kau sahabatku kau teman sejati... Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, di saat kau masih diperlukan, Tuhan lebih menyayangi dirimu, ku pasrah diatas kehendak yang Esa... Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia, tempat yang kau janjikan nikmat untuk hambaMu, sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini, walau ku tahu kau tiada di sisi... Perjuangan kita masih jauh beribu batu, selagi roh masih di jasad hidup diteruskan, sedih rasa hati ini mengenangkan dikau, bagai semalam kau bersama kami... Moga amanlah dan bahagia dikau di sana, setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan, moga di sana kau bersama para solehin, kau sahabatku kau teman sejati..."Al-Fatehah buat arwah Yusnorzid Yusof"~

::..PengHambaanKu..::


~Di hening malam aku berdoa, kerana diri ini terus merasa bagai tanah lumpur yang bernoda, tiada bersih hanya penuh cela… Di kebanyakan waktu ini, aku tersedar hanya dosa dan dosa terhampar… meski pun titis air mataku mengurai… tak akan dosa ini mampu terlerai…
Ya Allah, hanya engkau yang bisa ampuni hambamu ini…
tunjukkan cahaya…
Ya Allah, pertolonganMu yang mampu selamatkan aku
Tiada daya aku untuk melangkah bertemu denganMu pun aku tak kuasa,
tapi kepada siapa lagi ku memohon selain kepada-Mu... kembali… aku…


Di setiap saat aku mencuba sebut nama-Mu… untuk mengingatkan diriku agar tak mengulangi salah, salah yang sama… "tidak dikira dosa kecil jika sering diulang-ulang, tidak dikira dosa besar jika disertai dgn taubat" Salah yang selalu berakhir penyesalan… Memang penghambaanku belum sempurna, segala nilai ibadah masih terpatri duniawi, segala nilai amalan masih terbetik pujian…~

~Ya Allah…Tuhan Yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi, tetapkan imanku untuk terus betah di jalan-Mu…~

::..Tidak Layak Untukku Berduka Lagi..::


Dengan mengingati cinta kasih-Mu...
tidak layak aku berduka...
tidak mampu kuterus menangis...
tidak berdaya aku mengaku kalah...
Kerna cinta nya diKau pada diriku...
Hingga memilihku menganut Islam nan suci...
Dengan mengurniakan Iman dijiwaku...
Dengan janji-Mu Syurga buatku...
Ya Allah, aku redha dengan suratan-Mu...
teruslah memimpin aku merindui-Mu...
Andai segala dugaan penghapus dosaku...
Maka itulah nikmat yang kudambakan...
kurelakan segalanya..hanya kerana-MU... YA ALLAH...
**Hidup Ini Indah Bila Segalanya kerana-NYA**